BERITA SEMASA

Shahrol Shiro bukan pengajar kuliah, hanya beri latihan amali – UKM

BANGI – Pelawak dan penggiat seni, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada ‘stand-up comedy’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

UKM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Shahrol di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC) itu hanya membabitkan pemberian latihan amali dan praktikal tanpa melibatkan pengajaran di dalam kuliah.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman Shahrol sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.

“Melalui lantikan ini, beliau hanya memberi latihan amali dan praktikal sahaja tanpa melibatkan pengajaran di dalam kuliah,” menurut kenyataan itu.

UKM berkata, Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar universiti berkenaan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan.

Katanya, kursus itu khususnya memberi pendedahan mengenai aspek asas lakonan dan persembahan.

Sementara itu, UKM berkata, FPSC adalah fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button