BERITA SEMASA

KPM lulus RM32 juta naik taraf SM Sains Alam Shah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan RM32 juta bagi pembinaan semula kantin serta kerja naik taraf dan penyelenggaraan keseluruhan bangunan Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, proses perolehan bagi projek berkenaan dijangka diiklankan selewat-lewatnya Oktober ini.

“Terima kasih kerana membangkitkan perkara ini, saya faham keresahan warga SM Sains Alam Shah. Untuk makluman, RM32 juta telah diluluskan bagi pembinaan semula kantin serta kerja naik taraf dan penyelenggaraan keseluruhan bangunan ASiS.

“Bagi bangunan yang terjejas akibat kebakaran, proses perolehan kini di peringkat akhir dan Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pada Oktober ini. Saya akan pantau rapat supaya pelaksanaannya bergerak mengikut jadual,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads, semalam.

Terdahulu, seorang pengguna membangkitkan isu tersebut

Dalam kejadian pada 10 Jun tahun lalu, blok pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal terbakar dalam kejadian awal pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, berkata ,pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.15 pagi.

Seramai 44 anggota bomba dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran di tingkat satu membabitkan blok pentadbiran sekolah dengan hampir 100 peratus kemusnahan di lokasi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button