BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga tengah hari

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak hingga 12 tengah hari ini.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Kedah ialah Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Pokok Sena, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Baling.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar, manakala di Johor melibatkan Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Di Sabah, amaran sama membabitkan Pedalaman Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang), manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Marudi, Beluru, Miri dan Subis).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button