BERITA SEMASA

Terengganu diramal alami hujan lebat tahap buruk

 

KUALA LUMPUR – Enam kawasan di Terengganu diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lokaliti tersebut adalah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok di beberapa kawasan di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, beberapa sungai di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu berada di paras bahaya.

Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu,Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button