BERITA SEMASA
‘Saya tidak pernah tandatangani perintah tahanan rumah’ – Hannah
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan dakwaan mengenai kewujudan perintah tahanan rumah yang tular di media sosial dan menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu.
Hannah berkata, beliau tidak pernah menandatangani sebarang perintah tahanan rumah seperti yang sedang tersebar.
“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.
“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang. Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama katanya, Setiausaha Akhbarnya sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penyebaran dokumen berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








