BERITA SEMASA

Persatuan Belia FELDA Serting Hilir 2 cipta sejarah, terima pengiktirafan MBOR

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia (MBFM) FELDA Serting Hilir 2 mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai persatuan belia pertama di Malaysia yang menganjurkan program umrah.

Pengerusinya, Muhamad Afiq M. Sahar, berkata pengiktirafan itu merupakan satu pencapaian membanggakan buat seluruh warga persatuan serta hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Menurut beliau, plak pengiktirafan MBOR bagi kategori “First Youth Association to Organize an Umrah Program” telah disampaikan dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

“Pengiktirafan ini membuktikan kesungguhan Persatuan Belia MBFM FELDA Serting Hilir 2 dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat.

“Ia juga menjadi simbol kejayaan usaha kolektif semua ahli, sukarelawan dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejayaan tersebut diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak pertubuhan belia di negara ini untuk melaksanakan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Pihak persatuan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program umrah berkenaan sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat nasional.

“Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta memperkukuhkan peranan belia dalam pembangunan masyarakat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button