[VIDEO] Kelulusan peruntukan hingga RM1 bilion selama 10 tahun kepada Felda dibuat bagi jamin kelangsungan
SERDANG – Kelulusan peruntukan berjumlah hingga RM1 bilion setahun bagi tempoh 10 tahun kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dibuat adalah bagi menjamin kelangsungan agensi tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan kelulusan itu berkata, ia dilaksanakan bagi meneruskan pembayaran sukuk yang tertangguh oleh kerajaan sebelum ini.
@malaysiatribune PM @anwaribrahimofficial berkata, pengumuman sebelum ini bahawa kerajaan mahu melupuskan hutang Felda berjumlah RM8.3 bilion belum diluluskan oleh sesiapa. Jadi, beliau mengambil inisiatif meluluskan pelupusan tersebut. #malaysiamadani #malaysiatribune
“Saya dengan dukungan timbalan-timbalan perdana menteri, dan Jemaah Menteri menyatakan di sini…saya luluskan dana hampir RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada Felda.
“(Ini bagi) jamin kelangsungan institusi gergasi (Felda) negara kita,” katanya ketika berucap dalam Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Peneroka, Sulong Jamil Mohamed Shariff.
Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan kerajaan kepada projek pencerahan jalan di kawasan Felda.
“Kerajaan juga setuju membelanjakan kos operasi 37,012 lampu di Felda seluruh negara dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun.
“Peruntukan akan diberikan dan projek lampu jalan berkenaan dilaksanakan bermula bulan ini,” kata beliau lagi.
Sementara itu, sebanyak 30 Pusat Ekonomi Digital (Pedi) akan diwujudkan dengan kerjasama MDEC bagi menjadikan Felda peneraju transformasi digital memperkasakan ekonomi gig.
Bagi mensejahterakan aspek penjagaan kesihatan, Anwar turut mengumumkan pembinaan 12 buah pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah Felda termasuk di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya.
Katanya, pusat sama juga akan dibina di Yayasan Felda, Kelana Jaya.
“Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan Felda yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis,” katanya.
Beliau juga mengumumkan kerajaan akan membelanjakan RM36 juta setahun untuk memberi subsidi diesel kepada peneroka di Sabah.
@malaysiatribune Tadbir urus yang baik perlu dilaksanakan dalam Felda sekiranya legasi yang bermula dengan cita-cita murni mahu membantu rakyat itu diperkasakan. PM @anwaribrahimofficial #harifelda #malaysiamadani#malaysiatribune
Katanya, ini bagi mengurangkan kos operasi penjanaan tenaga dan rawatan air yang akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk.
Anwar turut mengumumkan kerajaan akan menyalurkan peruntukan sewajarnya bagi menyiapkan 283 unit rumah terbengkalai di bawah program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








