BERITA SEMASA

DBKL sita barangan penjaja warga asing di Pusat Bandar Utara

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan sembilan kes sitaan membabitkan penjaja warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Pusat Bandar Utara, di sini kelmarin.

Operasi berkenaan dijalankan menerusi pemantauan terhadap aktiviti penjajaan yang melanggar peraturan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara.

Menurut DBKL, kesemua tindakan sitaan itu membabitkan penjaja warga asing di sekitar Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara.

“Tindakan sitaan tersebut dilaksanakan serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” menurut DBKL menerusi hantaran di Facebook.

DBKL berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan di ibu negara mematuhi peraturan ditetapkan.

Katanya, langkah berkenaan turut bertujuan memelihara ketenteraman, kebersihan dan keselesaan warga kota.

“DBKL akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan di Kuala Lumpur dilaksanakan mengikut peraturan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button