Wanita maut, kakak dan penunggang motosikal parah dirempuh lori
NILAI – Seorang wanita maut, kakaknya parah selepas dirempuh lori ketika kereta yang dinaiki mereka rosak di Kilometer (KM) 284.4 Lebuhraya Utara – Selatan arah utara pagi tadi.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun yang berada di lokasi untuk membantu mangsa turut parah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kejadian berlaku ketika dua beradik berkenaan yang memandu keretaAxia dalam perjalanan dari arah Melaka ke Perak.
Katanya, aduan kemalangan diterima pada pukul 9.01 pagi oleh Kaunter Aduan Trafik Daerah Nilai.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, Perodua Axia itu dikatakan mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kedua dari kiri.
“Ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan apabila sebuah lori Hino melanggar mereka dari arah belakang.
“Pemandu maut akibat kecederaan pada kepala dan badan, manakala kakaknya dan penunggang motosikal turut parah. Kedua-dua mereka menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar, di sini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


