Perancis kemuka semula cadangan haramkan media sosial bagi remaja bawah 15 tahun
PARIS – Perancis kembali mengemukakan cadangan mengharamkan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak selepas undang-undang terdahulu dibatalkan oleh badan perlembagaan tertinggi negara itu.
Cadangan yang disemak semula itu dikemukakan kerajaan selepas Majlis Perlembagaan Perancis pada pertengahan Ogos membatalkan undang-undang terdahulu kerana mendapati sebahagian peruntukannya mengandungi pencabulan tidak wajar terhadap kebebasan bersuara golongan yang terjejas.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pada Isnin berkata perkembangan itu dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan undang-undang berkenaan selaras dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).
“Selepas kerja teknikal teliti dilakukan, kerajaan hari ini memaklumkan kepada Suruhanjaya Eropah mengenai deraf baharu itu,” ciap Macron di X.
Beliau menjadikan pengharaman penggunaan media sosial bagi kanak-kanak dan remaja sebagai salah satu keutamaannya dan berharap dapat menguatkuasakan larangan itu sebelum meninggalkan jawatan tahun depan.
Macron turut menyeru supaya undang-undang yang serupa diterima pakai di seluruh EU.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








