Selesaikan secara aman, harmoni – tegas Hannah Yeoh
Ia susulan pertelingkahan antara PJS, MOM
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah diarahkan untuk mempengerusikan satu perbincangan dalam masa terdekat dengan segera bagi memastikan isu antara Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dapat diselesaikan secara aman.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia susulan pertelingkahan yang berlaku antara kedua-dua pihak tersebut.
“Ini kerana peranan MOM amat penting untuk pembangunan sukan di Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan memainkan peranan pentadbir untuk Akta Pembangunan Sukan.
“Dan saya perlu wujudkan satu sistem harmoni dalam ekosistem sukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Hannah turut berjanji untuk menyelesaikan isu itu dalam masa terdekat.
“Saya percaya bahawa selama setahun ini saya telah melaksanakan secara terbaik untuk mewujudkan sistem harmoni dan melibatkan semua pihak berkepentingan dalam membuat keputusan bersama dan saya tidak mahu
salah faham ini menjejaskan keharmonian yang telah wujud.
“Saya beri jaminan kita akan selesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya.
Sebelum ini, Suhardi dilapor mengugut untuk membatalkan pendaftaran MOM sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin persatuan sukan kebangsaan.
Situasi bertambah ‘panas’ apabila Presiden MOM yang juga Presiden BAM, Norza Zakaria membidas tindakan itu, dan meminta Menteri Belia dan Sukan untuk campur tangan.
Ia berlaku apabila PJS mengkritik Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sehingga menyifatkan MOM sama seperti kerajaan Israel dalam isu kegagalan mencapai sasaran pingat dalam Temasya Sukan SEA Kemboja dan isu defisit kewangan RM7 juta dalam MOM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



















