BERITA SEMASA

Gempa bermagnitud 6.3 gegar Laut Jawa

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 berlaku di Laut Jawa, Indonesia, pada pukul 5.23 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.1 darjah Selatan dan 106.8 darjah Timur.

Kira-kira 117 kilometer di utara Jakarta, pada kedalaman 378 kilometer.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikesan yang boleh menjejaskan Malaysia susulan kejadian berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button