Tiada unsur jenayah kes tiga beranak rentung – Polis
KLUANG – Polis mengesahkan kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, di sini malam tadi, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian itu membabitkan sebuah keluarga yang mengorbankan Noraini Ibrahim, 49, serta dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA:
Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah
Nik Mohd Azmi berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang ibu dan dua anak lelakinya rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, Kluang malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.44 malam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








