KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Jemaah Menteri zahir takziah kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter Ulu Baram – Fahmi

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Lapangan Terbang Landasan Pendek Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, siasatan berhubung punca nahas sedang dijalankan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan hasilnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selepas proses berkenaan selesai.

“Buat masa ini kita belum tahu ialah bagaimana kejadian itu berlaku. Bagi tujuan pengesahan dan proses siasatan, kita serahkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Seperti dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lima mangsa tersebut telah dikenal pasti dan waris mereka telah dimaklumkan.

“Saya akan minta untuk maklumat mengenai apa bantuan tambahan, dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan untuk beliau jawab. Perkara itu tidak dibentangkan dalam Jemaah Menteri tadi,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai siasatan nahas berkenaan yang sedang dijalankan CAAM.

Semalam, CAAM memaklumkan sebuah helikopter jenis BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button