Indonesia gagal hubungi tiga rakyatnya di Gaza
JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia mengesahkan pihaknya gagal menghubungi tiga rakyatnya yang berada di hospital Indonesia di Gaza City.
Menurut al-Jazeera, ketiga-tiga rakyat Indonesia itu iaitu Farid Zanzabil Al Ayubi, Reza Aldilla Kurniawan dan Fikri Rofiul Haq bertugas di hospital berkenaan sebagai sukarelawan.
Untuk rekod, hospital Indonesia yang dibina menggunakan dana sumbangan orang ramai dibedil teruk rejim zionis sejak semalam, dan dipercayai telah dikepung sepenuhnya.
Menurut pengurus lokasi Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), Nur Ikhwan Abadi, Reza sudah berada berada di Gaza sejak 2013 manakala Farid dan Fikri berada di sana sejak 2019 dan masih meneruskan pengajian di sana.
“Mereka semua orang baik-baik, dan huffaz. Farid menghafaz beberapa juzuk, manakala Reza dan Fikri menghafaz kesemua 30 juzuk.
“Selain menjadi sukarelawan, mereka ke Gaza kerana mahu melanjutkan pelajaran di Univversiti Islam Gaza dan kesemua mereka mempunyai biasiswa,” kata Nur Ikhwan yang kini berada di Jakarta sejak sebelum perang bermula.
Nur Ikhwan menambah, cubaan mereka menghubungi ketiga-tiga sukarelawan itu menerusi wartawan di hoospital berkenaan, tetapi gagal menghubungi sesiapa.