BERITA SEMASA

‘Sedap ini mummy buat lauk’ – Fadhlina kongsi gelagat anak ketika bawa ke Zoo Negara

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkongsi gelagat anaknya yang mencuit hati ketika dibawa ke Zoo Negara sempena cuti persekolahan.

Menerusi perkongsian di media sosial semalam, Fadhlina berkata, dia mengambil sedikit masa untuk membawa anak-anaknya bersiar-siar selepas mereka berulang kali meminta untuk dibawa berjalan sempena cuti sekolah.

Menurutnya, gelagat Anwar semakin mencuit hati apabila sebaik sahaja melihat seekor ayam di zoo, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah makanan.

“Sedap ini mummy buat lauk,” katanya memetik kata-kata Anwar yang dikongsikan Fadhlina.

Fadhlina berkata, berbeza dengan kebanyakan pengunjung yang datang untuk melihat dan mengenali haiwan, anaknya itu sebaliknya sudah mula memikirkan menu yang boleh disediakan di rumah.

“Orang lain tengok haiwan di zoo. Dia dah fikir menu di rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyifatkan Anwar sebagai anak istimewa yang adakalanya mengeluarkan kata-kata secara spontan dan rawak, namun mempunyai logik tersendiri dalam fikirannya.

“Begitulah Anwar, anak istimewa saya. Kadang-kadang keluar ayat rawak yang buat kita tergelak tapi ada sahaja logik dalam kepala dia.

“Hari ini mummy ikut sahaja dunia Anwar,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fadhlina turut mengucapkan selamat bercuti sekolah kepada semua murid dan guru, selain berharap mereka kembali ke sekolah dengan semangat baharu selepas tamat tempoh cuti.

“Selamat bercuti sekolah buat semua anak dan para guru. Kembali dengan lebih sakti!” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button