Guru kecewa permohonan eGTukar belum berjaya, KPM teliti semula kes kritikal
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti semula beberapa kes kritikal melibatkan permohonan pertukaran guru menerusi sistem eGTukar yang masih belum berjaya.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memahami kekecewaan ramai guru yang masih menjalani penempatan berjauhan (PJJ), termasuk berpisah dengan pasangan dan keluarga.
Menurutnya, antara langkah yang telah dilaksanakan ialah memendekkan tempoh kelayakan permohonan eGTukar daripada 36 bulan kepada 24 bulan bagi memberi peluang lebih awal kepada guru memohon pertukaran.
“Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSH) telah diminta meneliti semula beberapa kes yang memerlukan perhatian khusus.
“Insya-Allah, keputusan eGTukar Fasa 2 akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Beliau turut menggesa guru yang belum berjaya agar tidak berputus asa kerana kementerian akan terus berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








