BERITA SEMASA

Status lafaz syahadah Cikgu Chandra cetus persoalan sudah peluk Islam

KUALA LUMPUR – Status Facebook aktivis masyarakat, Cikgu Chandra yang memaparkan lafaz syahadah mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sama ada beliau sudah memeluk Islam.

Menerusi perkongsian itu pagi ini, Cikgu Chandra menulis lafaz: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah”.

cikgu chandra
Aktivis masyarakat, Cikgu Chandra.

Perkongsian berkenaan turut dihujani komen positif daripada netizen yang rata-rata menyambut baik dan mendoakan kesejahteraan beliau.

“Alhamdulillah. Allahuakbar. Now you are my brother here and here after. Di dunia dan akhirat. We love you,” komen Badri Hashim.

Seorang lagi pengguna, Zm Keey pula mengucapkan tahniah sambil mendoakan agar Cikgu Chandra terus istiqamah dalam Islam.

“Alhamdulillah. Tahniah-tahniah. Doa dan harapan agar Cikgu istiqamah bersama agama Islam yang Allah redai,” katanya.

Izham Ibrahim turut menyambut perkongsian itu dengan ucapan: “Alhamdulillah. Selamat kembali ke fitrah saudaraku. Semoga Allah merahmati kamu dan kita semua.”

Terdahulu menerusi satu hantaran lain, Cikgu Chandra turut berkongsi mengenai pengalaman mimpi yang dialaminya dan menggambarkan dirinya dikelilingi sekumpulan lelaki Melayu sebelum melafazkan beberapa perkataan.

“Ya Allah. Terkejut saya.. saya bermimpi dikelilingi ramai lelaki Melayu sambil saya lafazkan sesuatu.

“Selepas lafazkan beberapa perkataan tersebut saya diarak ke rumah. Semua orang Melayu bersama saya ghaib dan saya terkejut dari tidur 12.11 tadi.

“Hati terlalu ringan selepas itu saya lalu menaip posting ini. Saya kaku apa yang sedang berlaku kat saya ini,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dinyatakan secara jelas menerusi perkongsian berkenaan mengenai status pengislaman Cikgu Chandra atau sama ada beliau sudah melafazkan dua kalimah syahadah secara rasmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button