BERITA SEMASA

Kanak-kanak melecur seluruh badan terjatuh dalam bilik janakuasa elektrik

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki melecur seluruh badan selepas terkena renjata elektrik ketika mahu mengambil bola yang masuk di dalam bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, di sini petang tadi.

Mangsa berusia 12 tahun itu ditemui dalam keadaan mengerang kesakitan akibat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang dan operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat didapati benar berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan melecur akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ memastikan tiada lagi kemerbahayaan sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.Operasi terkawal dan ditamatkan pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya memetik laporan Komso!.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal turut mengesahkan kejadian berlaku dan berkata, kanak-kanak tersebut dilaporkan terjatuh di dalam bilik janakuasa TNB ketika masuk untuk mengambil bola.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button