BERITA SEMASA

Mangsa letupan gas di rumah masih kritikal

MUAR – Seorang pekerja pembersihan yang cedera dalam insiden gas meletup di Taman Pagoh Jaya, di sini malam tadi kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa, Fauzisham Darwis, 51, masih tidak sedarkan diri selepas mengalami luka melecur sehingga 60 peratus.

“Polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan berlaku kejadian gas meletup di sebuah rumah di Taman Pagoh Jaya pada pukul 8 malam.

“Tempat kejadian merupakan sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan kebakaran berlaku di bahagian dapur.

“Pemeriksaan dijalankan menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring di luar rumah dengan kesan terbakar di muka, badan serta keseluruhan badan,” katanya, hari ini.

Tambahnya, semasa kejadian, mangsa berseorangan di rumah manakala isterinya keluar membeli barang di Taman Pagoh Jaya, Pagoh.

Raiz Mukhliz kemudiannya berkata, mangsa bertugas sebagai pekerja pembersihan di Hub Universiti Pagoh manakala isterinya seorang pengasuh.

“Pemeriksaan di bahagian dapur mendapati berlaku kerosakan membabitkan peralatan memasak,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button