Anwar rakam ucapan takziah pemergian ‘Bapa MRSM’
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Allahyarham Abdul Wahab Alwi, yang meninggal dunia pagi tadi.
Perdana Menteri berkata, Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Bapa MRSM’ memberikan sumbangan besar, dalam sejarah pendidikan negara.
“Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri berkata, menerusi hasil usaha Abdul Wahab, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang.
Allahyarham Abdul Wahab meninggal dunia jam 3 pagi tadi pada usia 84 tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








