BERITA SEMASA

Suami Amyza Aznan masih kritikal tetapi stabil

KUALA LUMPUR – Suami pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar, dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal namun stabil ketika ini.

Anak pasangan itu, Adrian Adam, 18, memaklumkan perkembangan berkenaan menerusi hantaran di InstaStory, selain memberitahu keluarga masih menunggu keputusan doktor mengenai keadaan kesihatan bapanya.

“Kemas kini, buat masa sekarang keadaan ayah saya masih kritikal tapi stabil. Kita sedang menunggu keputusan doktor,” katanya.

Semalam, Amyza berkongsi mengenai keadaan suaminya yang kritikal dan kini ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat paru-paru berair serta tekanan darah tinggi.

Khairil sebelum ini pernah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada Disember 2017 selepas mengalami serangan jantung.

Pada Disember 2023 pula, Amyza pernah berkongsi mengenai keputusan sukar yang terpaksa dibuat bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas beliau ditidurkan akibat mengalami sesak nafas.

Selepas dua hari ditidurkan, Khairil kembali sedar namun kemudiannya disahkan dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani rawatan rapi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button