BERITA SEMASA

Beto Kusyairy terlibat kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal tanah air, Beto Kusyairy dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai satu konvoi bermotosikal anjuran Wing Motor Gang Society.

Berita tersebut dikongsikan oleh selebiriti, Lando Zawawi di dalam satu hantaran Facebook miliknya hari ini.

Difahamkan kemalangan itu berlaku di Tapah, Perak, petang tadi.

Menerusi tangkap layar dalam perbualan Whatsapp yang dikongsi itu, pelakon yang namanya memuncak ketika berlakon dalam filem Mat Kilau telah dibawa ke hospital.

“Beto dan dua lagi ahli moto Wing Motor kemalangan. Semua dah naik ambulans,” tulis komen tersebut.

Tangkap layar daripada akauan Facebook Lando Zawawi

Sementara itu rata-rata peminat mendoakan supaya pelakon itu dan mangsa lain cepat sembuh.

“Semoga dipermudahkan dan sehat buat Beto Kusyairi dan grup Wings,” tulis Mohammad Asyraf.

“Patut jem kawasan tadi lalu tengok geng-geng moto ada kemalangan. Ada dua ambulans datang. Semoga dipermudahkan,” tulis Syahrun Alin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button