POLITIK

Ramanan gesa PKR kukuhkan perpaduan, pertahan Anwar untuk penggal kedua

MELAKA – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyifatkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), hari ini sebagai bukti komitmen beliau terhadap parti dan rakyat.

Beliau berkata, Anwar tetap hadir ke kongres berkenaan walaupun masih dalam tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan pada 10 Ogos lalu dan dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Ogos.

Menurutnya, pengorbanan Perdana Menteri itu membuktikan kepimpinan Anwar yang sentiasa mengutamakan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat.

“Ini adalah satu kepimpinan yang tidak mengenal erti lelah dan sentiasa mengutamakan rakyat,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2026, hari ini.

Ramanan turut menggesa seluruh anggota PKR mengetepikan perbezaan kelompok atau ‘kem’ dan kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Presiden.

“Tumpuan utama parti ketika ini adalah memperkukuh organisasi serta memastikan PKR bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan. Matlamat kita jelas, iaitu memastikan kemenangan dalam PRU16 dan mempertahankan Perdana Menteri untuk penggal kedua bagi meneruskan agenda Reformasi,” katanya lagi.

Beliau berkata, kekuatan parti tidak hanya bergantung kepada kepimpinan di peringkat atasan, sebaliknya memerlukan kesatuan serta komitmen seluruh anggota di akar umbi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button