BERITA SEMASA
Anwar kenang pemberian lukisan daripada anak istimewa di Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang satu pemberian istimewa berupa sebuah lukisan yang diserahkan kepadanya oleh seorang anak istimewa ketika menghadiri program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini
Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata lukisan berkenaan diserahkan oleh kanak-kanak itu sambil didukung oleh bapanya.
“Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini.
“Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih,” katanya.
Anwar turut menyifatkan pemberian tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna dan menghargainya dengan penuh kasih.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








