BERITA SEMASA

Kementerian Kewangan nafi beri SARA RM100 sempena 31 Ogos

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan tular bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

MOF dalam hantaran di media sosial memaklumkan poster yang mendakwa perkara itu adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan.

sara
Poster mengenai pemberian SARA palsu yang tular di media sosial.

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

“Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, tular di media sosial poster mengenai pemberian SARA sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button