Lima pegawai Imigresen direman bantu siasatan kes godam MyIMMs
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman tehadap lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.
Perintah reman selama tiga hari sehingga 6 Ogos 2026 terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene binti Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurut sumber, kelima-lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pukul 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Siasatan awal mendapati kesemua pegawai ini disyaki bersubahat menggodam MyIMMs di samping membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.
“Susulan tangkapan itu SPRM telah menyita lima unit telefon bimbit milik kelima-lima suspek,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














