LUAR NEGARA

Tiga singa mati akibat strok haba di zoo Jepun

TOKYO – Gelombang cuaca panas melampau yang melanda Jepun sejak pertengahan Julai lalu mengorbankan tiga ekor singa betina di Taman Zoologi Tama di Hino, sekali gus mencatatkan kes pertama seumpamanya sejak zoo berkenaan mula memelihara spesies itu pada 1964.

Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Persatuan Taman Zoologi Tokyo memaklumkan ketiga-tiga singa berusia antara tiga hingga 15 tahun itu mati dalam tempoh enam hari lalu.

Hasil bedah siasat mendapati haiwan berkenaan mengalami dehidrasi teruk dan kegagalan pelbagai organ yang dipercayai berpunca daripada strok haba akibat suhu persekitaran yang terlalu tinggi.

Susulan kejadian itu, pameran singa kepada pengunjung telah digantung sejak 23 Julai lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut pihak pengurusan zoo, sebanyak 10 lagi ekor singa turut menunjukkan tanda-tanda kesihatan merosot, termasuk hilang selera makan dan menjadi kurang aktif selepas terdedah kepada cuaca panas berpanjangan.

Pada masa sama, seekor singa betina dan dua ekor singa jantan masih berada dalam keadaan kurang sihat dan kini menerima rawatan rapi daripada pasukan veterinar.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai peringatan terhadap kesan cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku, bukan sahaja kepada manusia tetapi juga hidupan liar yang dipelihara di pusat konservasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button