Status kekosongan satu kerusi DUN diketahui minggu ini – MB Selangor
SHAH ALAM – Status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dijangka dimuktamadkan, minggu ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengumumkan keputusan tersebut setelah menerima nota berkaitan daripada penasihat undang-undang.
BACA JUGA:
Status ADUN didakwa muflis diketahui Isnin – MB Selangor
“Itu kuasa prerogatif Speaker bukan saya punya keputusan… penasihat undang-undang akan siapkan nota berkenaan.
“Saya ingat maksimum minggu ini kita akan maklumkan kepada pihak tertentu posisi dan kedudukannya (kerusi DUN),” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Himpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor, di sini hari ini.
Ketika ditanya sekiranya kekosongan itu akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan, Amirudin berkata, kerajaan negeri akur dengan sebarang keputusan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu.
“Itu keputusan SPR bukan keputusan saya sebab SPR yang akan buat penilaian. Adakah cukup tiga tahun ataupun tidak kena buat PRK ataupun tidak… kita kena akur,” katanya lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut, Amirudin mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kemungkinan berlakunya PRK di Selangor, namun berkata perkara itu masih menunggu pengumuman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri.
Beliau berkata, semakan sedang dilakukan bersama penasihat undang-undang susulan dakwaan membabitkan kehilangan kelayakan seorang ADUN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















