JENAYAH & MAHKAMAH

Pembantu kedai makan rugi RM170,000 diperdaya sindiket menyamar polis

TANGKAK – Seorang pembantu kedai makan berusia 51 tahun kerugian RM170,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dengan mendakwa dia terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek pada pukul 10.24 pagi, 8 Julai lalu sebelum dituduh terlibat dalam kegiatan haram berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudian memperdayakan mangsa dengan mendakwa sejumlah wang perlu dipindahkan bagi tujuan siasatan.

“Kerana mempercayai arahan suspek, mangsa membuat 11 transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza yang dipercayai merupakan akaun keldai (mule account),” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata, mangsa akhirnya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak semalam.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa dan mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial menerusi platform media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button