Warga emas ditahan selepas disyaki curi bihun, makanan kucing di kedai serbaneka
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas dipercayai aktif mencuri barangan keperluan di beberapa cawangan kedai serbaneka akhirnya berjaya ditahan selepas tindakannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dikenali sebagai @Arif_ayob yang mendakwa suspek telah berulang kali melakukan kegiatan tersebut sejak beberapa minggu lalu.
“Berhati-hati dengan pencuri ini, dapat kenal pasti mencuri semua di kawasan 99 Speedmart.
“Berminggu-minggu pencuri ini masuk 99 ambil barang. Umur pencuri 63 tahun tapi nampak muda, pakaian seluar cargo tempat yang pencuri sorok barangan, rambut topeng,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik rakaman CCTV yang didakwa memaparkan aksi suspek ketika mengambil barangan di dalam premis berkenaan.
Antara barangan yang didakwa dicuri ialah bihun dan makanan kucing.
Turut dikongsikan ialah gambar sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipercayai digunakan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, perkongsian itu tidak menyatakan lokasi sebenar suspek ditahan atau tarikh rakaman CCTV berkenaan dibuat.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial. Ada yang mendakwa lelaki terbabit merupakan warga asing, manakala sebahagian lagi mempersoalkan motif dia mencuri makanan kucing.
Tidak kurang juga yang melahirkan rasa hairan kerana suspek dikatakan menggunakan sebuah Perodua Aruz, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang kewangannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















