JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit tumbang di ladang

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang secara tiba-tiba ketika berada di Ladang Kekayaan, berhampiran Pekan Paloh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Yusma Yuzaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4 petang sebelum menggerakkan lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba kira-kira 32 minit kemudian dan mendapati mangsa dihempap batang pokok kelapa sawit yang tumbang.

“Operasi menyelamat berdepan kesukaran berikutan saiz pokok yang besar menyebabkan pasukan bomba terpaksa mendapatkan bantuan jengkaut (JCB) milik pihak ladang untuk mengangkat batang pokok tersebut.

“Peralatan khas turut digunakan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah batang pokok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke hospital bagi menjalani proses bedah siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button