BERITA SEMASA

Kepala air sungai Sedim: 2 kanak-kanak antara 3 maut, siren amaran disahkan rosak

KULIM – Dua kanak-kanak berusia tiga dan 12 tahun antara tiga mangsa yang maut selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Sedim, Kulim, petang tadi.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Aariz Danial Md Radzi, 3; Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12 dan Nur Atikah Abdullah, 28.

Ketiga-tiga mereka dipercayai antara lima individu yang sedang berkelah dan mandi di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada fenomena kepala air yang berlaku secara tiba-tiba.

Beliau turut mengesahkan bahawa siren amaran kecemasan yang dipasang di lokasi kejadian mengalami kerosakan ketika insiden berlaku.

“Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan ialah kanak-kanak lelaki berusia empat tahun,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba, polis serta agensi berkaitan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap, sementara pihak berkuasa meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button