BERITA SEMASA

DBKL sita harta pemilik 15 akaun tertunggak cukai taksiran di Flat Hicks

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi sita terhadap pemilik harta yang mempunyai tunggakan cukai taksiran di Hicks Flat, Jalan Changkat Bukit Bintang, hari ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi itu membabitkan 15 akaun yang dikenal pasti gagal menjelaskan cukai taksiran.

flat
Flat Hicks terletak di Jalan Changkat Bukit Bintang.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan menerusi pengeluaran Waran Tahanan (Borang F) mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi mendapatkan semula tunggakan cukai yang masih belum dijelaskan.

“DBKL akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi yang dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai taksiran,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook.

Tambah DBKL, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh pematuhan terhadap peruntukan undang-undang serta memastikan kutipan hasil dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan semua pemilik harta supaya menyemak status akaun cukai taksiran masing-masing dan menjelaskan sebarang tunggakan secepat mungkin bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan, termasuk sitaan dikenakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button