Yang di-Pertuan Agong terima mengadap Menteri Komunikasi, tinjau persiapan Hari Kebangsaan 2026
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, di Istana Negara, hari ini.
Dalam sesi mengadap tersebut, Menteri Komunikasi telah mempersembahkan kepada baginda perkembangan dan persediaan sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.
Pertemuan itu memberi ruang kepada
baginda untuk mengikuti perkembangan perancangan sambutan tahunan berkenaan yang menjadi acara rasmi negara bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan rakyat terhadap tanah air.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dijangka menghimpunkan pelbagai pengisian melibatkan penyertaan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, sektor swasta dan masyarakat bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








