JENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga direman, disyaki cabul 10 kanak-kanak lelaki di Duyong dan Telok Mas

MELAKA – Seorang peniaga direman tujuh hari selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes amang seksual fizikal membabitkan 10 kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun di sekitar Duyong dan Telok Mas sejak Mac lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan semula polis selepas terlebih dahulu diberkas orang awam pada pukul 6 petang semalam di Balairaya Taman Desa Duyong.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam 10 kes berasingan yang berlaku antara Mac hingga Julai tahun ini.

“Siasatan mendapati suspek mendekati mangsa ketika mereka berada di taman permainan dan selepas menunaikan solat di surau sebelum disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mereka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada mangsa yang berusia 13 tahun turut dipercayai menjadi mangsa perlakuan liwat yang disyaki berlaku di rumah suspek.

Selain itu, katanya, suspek juga dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah pasar raya serta sebuah kedai makan di Semabok.

“Dalam kes ini, polis menahan reman suspek selama tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Polis berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan terdapat mangsa lain yang belum tampil membuat laporan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button