JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak 3 tahun lemas dalam kolam

ALOR GAJAH – Keseronokan meraikan hari keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat lemas di dalam kolam renang sebuah homestay di Durian Tunggal, di sini kelmarin.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam tanpa disedari ahli keluarganya ketika acara penyampaian hadiah sukaneka diadakan pada pukul 10 malam.

“Insiden yang menimpa kanak-kanak itu disedari bapa saudaranya pada pukul 10.50 malam sebaik terlihat mangsa terapung di dalam kolam.

“Ahli keluarga berusaha menyelamatkan mangsa dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans dan pasukan perubatan kira-kira 40 minit kemudian,” kata sumber, memetik laporan Kosmo! Online.

Bagaimanapun, mangsa yang dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, disahkan meninggal dunia pada pukul 11.45 malam.

“Bedah siasat dijalankan pagi semalam sebelum jenazah dituntut Unit Khidmat Van Jenazah (UKVJ) Melaka,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, mangsa bersama ibu bapanya serta tujuh keluarga lain tiba dari Temerloh, Pahang pada Jumaat lalu dengan menaiki bas sempena program Hari Keluarga tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button