BISNES & EKONOMI

AKEMI perkenal tilam AI, bantu tingkat kualiti tidur, sesuaikan diri dengan tubuh pengguna

KUALA LUMPUR – AKEMI memperkenalkan Sleep Sync AI Mattress, tilam pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan pergerakan, corak pernafasan dan titik tekanan badan pengguna sebelum melaraskan sokongan secara automatik sepanjang malam bagi meningkatkan kualiti tidur.

Dalam kenyataan, AKEMI memaklumkan, tidur berkualiti kini menjadi antara faktor penting dalam menjaga kesihatan fizikal, kecergasan mental dan produktiviti, terutama dalam gaya hidup moden yang semakin sibuk.

Menurutnya, berbeza dengan tilam konvensional yang menawarkan sokongan statik, Sleep Sync AI Mattress dilengkapi Smart AI Chip yang mampu mengesan perubahan posisi tubuh ketika tidur sebelum melaraskan tahap sokongan secara masa nyata mengikut keperluan pengguna.

“Tilam itu turut menampilkan sistem 6-Zone Adaptive Support yang membantu mengagihkan tekanan badan secara lebih seimbang pada bahagian kepala, bahu, belakang, pinggang, kaki dan tumit.

“Sistem berkenaan direka bagi memastikan tulang belakang berada dalam kedudukan yang lebih selesa sekali gus mengurangkan tekanan pada sendi dan otot, selain membantu pengguna bangun dengan tubuh yang lebih segar,” katanya.

tilam
Gabungan teknologi AI, reka bentuk ergonomik dan sistem sokongan adaptif menjadi tarikan utama AKEMI Sleep Sync AI Mattress yang direka untuk meningkatkan pengalaman tidur, selain dilengkapi pelbagai mod pintar serta ciri tambahan bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Terdahulu, pelancaran produk itu mencerminkan komitmen jenama kelengkapan rumah dan penyelesaian tidur premium itu dalam memperkenalkan inovasi yang menggabungkan teknologi AI, reka bentuk ergonomik dan sistem sokongan adaptif untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna.

Menurut AKEMI lagi, bagi meningkatkan lagi pengalaman tidur, Sleep Sync AI Mattress dilengkapi Smart Sleep Modes yang membantu tubuh berada dalam keadaan lebih relaks, selain ciri AI-Driven Sleep Intelligence yang memaparkan Sleep Score setiap pagi bagi membolehkan pengguna memahami corak tidur mereka.

“Tilam pintar itu turut menawarkan beberapa mod seperti Auto, Sleep Aid dan Anti-Snore, dengan fungsi terakhir menggunakan AI untuk mengesan dengkuran secara masa nyata sebelum melaraskan kedudukan tilam secara automatik bagi mengurangkan gangguan tidur,” katanya lagi.

Selain itu, pengguna turut boleh memilih mod manual seperti Reading, Floating, Cradle, Zero Gravity, Head Up, Relax Legs, 15° Elevation, Flat dan Wake-Up Alarm mengikut keperluan harian.

Sleep Sync AI Mattress turut dilengkapi beberapa ciri tambahan termasuk sensor pencahayaan automatik di bawah katil, pengecasan tanpa wayar serta penutup divan yang boleh ditanggalkan dan dicuci.

Produk itu ditawarkan bersama jaminan terhad selama 15 tahun untuk tilam dan jaminan setahun bagi rangka katil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button