BERITA SEMASA

Anak lelaki Izam EYE maut kemalangan jalan raya

SERDANG – Anak lelaki kepada penyanyi terkenal era 1990an, Izam EYE dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Berita sedih itu dikongsi Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad melalui laman Facebooknya sebentar tadi.

Beliau berkata, anak lelaki bongsunya itu, Muhammad Umar Al Faroq Mohd Izam disahkan meninggal dunia susulan kemalangan berkenaan.

“Jenazah kini berada di Hospital Serdang bagi urusan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu Izam juga memohon, orang ramai agar mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan melimpahkan rahmat ke atasnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Mohon sahabat-sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan doa buat anak lelaki bongsu saya,” menurut perkongsian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button