Menteri Agama kecam tindakan rejim Zionis tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang menahan Mufti Besar Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, Sheikh Muhammad Hussein sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, kelmarin.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, walaupun Sheikh Muhammad Hussein kemudiannya dibebaskan, tindakan menahan seorang pemimpin agama ketika menjalankan amanahnya di masjid suci umat Islam merupakan pencabulan terhadap kebebasan beragama serta mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.
“JPM (HEA) menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya bertindak tegas bagi memastikan hak beribadah, keselamatan para pemimpin agama dan status Masjid Al-Aqsa terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pihaknya kekal teguh berdiri bersama rakyat Palestin dan akan terus menyokong segala usaha ke arah keamanan yang adil.
“JPM (HEA) akan terus mempertahankan hak asasi rakyat Palestin dan menamatkan segala segala bentuk penindasan terhadap mereka,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








