BERITA SEMASA

Bekas ADUN Dabong meninggal dunia

KOTA BHARU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman meninggal dunia di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat pada 2.40 pagi tadi akibat komplikasi penyakit buah pinggang.

Berita pemergian Allahyarham yang juga bekas ketua UMNO Kuala Krai dan bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KEDESAR) itu disahkan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam hatanran di Facebook, hari ini.

“Allahyarham merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, khususnya dalam memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar serta memperkukuh perjuangan UMNO di Kuala Krai. Segala khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan beliau akan terus dikenang.

“Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian beliau ke rahmatullah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button