MCMC pantau rangkaian telekomunikasi sepanjang PRN Johor
JOHOR BAHRU – Seramai tujuh anggota Pusat Pemantauan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hadir ke pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi menjalankan pemantauan tahap perkhidmatan rangkaian telekomunikasi sepanjang proses pengundian berlangsung.

Menurut seorang pegawai MCMC Johor, kehadiran pasukan itu merupakan sebahagian daripada pemantauan yang dilakukan di pelbagai lokasi di seluruh Johor bagi memastikan rangkaian telekomunikasi berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Seramai tujuh anggota hadir ke pusat pengundian awal di IPD Johor Bahru Selatan untuk membuat pemantauan rangkaian telekomunikasi dan memastikan perkhidmatan berada pada tahap yang baik.
“Pemantauan ini akan diteruskan di pelbagai lokasi seluruh Johor sehingga tamat PRN Johor nanti,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan hari ini.
Beliau berkata, setakat ini rangkaian telekomunikasi di kawasan terbabit berada dalam keadaan baik dengan kelajuan yang memuaskan tanpa sebarang gangguan dilaporkan.
“MCMC akan terus menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan kelancaran komunikasi melibatkan petugas pilihan raya, pihak berkepentingan serta pengguna sepanjang proses demokrasi itu berlangsung,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















