JENAYAH & MAHKAMAH

Dua remaja maut selepas motosikal rempuh kerbau di Jelebu

JELEBU – Perjalanan dua sahabat menaiki motosikal berakhir dengan tragedi apabila mereka maut selepas melanggar seekor kerbau yang dipercayai melintas jalan di Kilometer 11, Jalan Lakai-Simpang Durian, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, kejadian pada pukul 3 pagi itu melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa masing-masing berusia 17 dan 19 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari pekan Simpang Durian menuju ke Lakai sebelum motosikal mereka melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 4.05 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 289 Kanun Keseksaan berkaitan kecuaian terhadap haiwan, serta Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran di jalan raya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Abas Mohamed di talian 010-8649229 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button