Julian Nagelsmann enggan letak jawatan walau Jerman tersingkir Piala Dunia 2026
BOSTON – Pengendali skuad kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann menegaskan beliau akan terus kekal membimbing juara dunia empat kali itu meskipun pasukannya disingkirkan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti, kelmarin.
Nagelsmann, 38, yang mula menggalas tugas sejak 2023, mencatat rekod sebagai jurulatih termuda mengendalikan perlawanan kalah mati Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun.
Walau bagaimanapun, beliau sekali lagi berdepan kekecewaan apabila skuad kendaliannya tersingkir awal buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Piala Dunia, selepas gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.
Kegagalan terbaharu itu turut meletakkan masa depan beliau dalam situasi tidak menentu, selain membuka persoalan mengenai kesinambungan tugasnya bersama pasukan kebangsaan Jerman.
Nagelsmann kini dilihat berdepan cabaran besar untuk mempertahankan kedudukannya selepas melalui kempen Piala Dunia sulung yang dianggap kurang memberangsangkan.
Bagaimanapun, di bawah bimbingannya sebelum ini, Jerman pernah mara ke peringkat suku akhir Euro 2024 yang berlangsung di laman sendiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















