BERITA SEMASA
KPM sedia kaji cadangan pemilihan pengawas menerusi pilihan raya
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mengkaji cadangan pemilihan pengawas di peringkat sekolah menengah dilaksanakan menerusi sistem pilihan raya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, cadangan itu selari dengan usaha memperkasakan pendidikan literasi politik, sesuai dengan pelaksanaan Undi 18 pada ketika ini.
“Cadangan ini akan diambil kira dan ia sangat baik. KPM akan mengkajinya dan terima kasih,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Makhota) di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin mencadangkan KPM mengkaji kesesuaian pemilihan pengawas di peringkat sekolah menengah dipilih menerusi pilihan raya sebagai persediaan dan pendedahan kepada sistem pengundian.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















