Nor Afiza tampil buat laporan polis petang tadi
TAIPING = Polis mengesahkan Nor Afiza Zainuddin, 41, yang sebelum ini dilaporkan hilang, telah ditemui dan tidak diculik oleh mana-mana pihak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Mohd. Ariffridzuan Ezahar berkata, wanita yang dilaporkan hilang 18 Jun lalu itu hadir di Balai Polis Kajang, Selangor, bagi membuat laporan polis menafikan dakwaan ia diculik, pukul 3 petang tadi.
BACA JUGA:
Wanita dilapor hilang sudah hubungi polis
“Melalui laporan polis yang dibuat, orang hilang (OH) turut memaklumkan bahawa dia tidak mahu diganggu oleh ahli keluarga mahupun mana-mana pihak,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, Nor Afiza menjelaskan bahawa dia telah keluar dari rumah pada 16 Jun lalu dengan kerelaan hati sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana individu.
“Keterangan OH telah selesai dirakam dan pihak polis mengesahkan bahawa laporan yang dibuat adalah benar serta mendapati dia berada dalam keadaan baik, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini yang boleh menimbulkan kegusaran kepada awam dan masyarakat setempat,” katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut, Nor Afiza hilang setelah keluar dari kediamannya di No. 19, Lorong Mewah 16, Taman Mewah, Kamunting.
Dia dikatakan keluar untuk menghadiri sesi temuduga di Hotel Casuarina Kuala Kangsar sebelum didapati hilang oleh ahli keluarganya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













