Puad Zarkashi keluar UMNO kerana isu pencalonan anak di DUN Rengit – Asyraf Wajdi
JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan tindakan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi keluar parti dipercayai berkait dengan kegagalan mendapatkan pencalonan anaknya sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.
Beliau berkata, dakwaan kononnya keputusan itu berpunca daripada campur tangan Istana dalam urusan UMNO Johor adalah tidak benar.
Menurutnya, Puad yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pernah menghantar mesej panjang kepadanya menyatakan hasrat untuk keluar parti sekiranya permintaan berhubung pencalonan anaknya tidak dipertimbangkan.
“Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar dan menyatakan akan keluar parti serta menghentam UMNO jika kepimpinan tertinggi tidak mempertimbangkan anak beliau sebagai calon di DUN Rengit.
“Anaknya masih muda dan berpotensi untuk dilatih sebagai pemimpin, namun parti perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam pemilihan calon,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan mensyaratkan pencalonan anak sebagai syarat kekal dalam parti adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin berpengalaman.
Beliau turut mendakwa tindakan sama pernah dilakukan Puad sebelum ini ketika era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ini bukan kali pertama beliau mengugut untuk keluar parti apabila kehendak tidak dipenuhi,” katanya lagi.
Mengulas dakwaan kononnya Istana mengawal UMNO Johor sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor pada 1 Jun lalu, beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas.
“UMNO merupakan parti perjuangan yang tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau keluarga.
“UMNO bukan parti warisan anak beranak yang perlu mengutamakan keluarga untuk menjadi pemimpin.
“Parti tidak boleh tunduk kepada tekanan mana-mana individu,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








