BERITA SEMASA

Bukan hanya keluarga, Shila Amzah turut tanggung teman wanita adik yang tinggal di banglo miliknya

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang kini dilanda kontroversi, Shila Amzah membuat pendedahan yang mengejutkan apabila turut menanggung seorang wanita dipercayai kekasih kepada adiknya yang tinggal di rumah miliknya sejak tahun 2021.

Dalam sebuah hantaran di Instastory, Shila atau nama sebenar Nurshahila Amir Hamzah, individu berkenaan tinggal di banglo miliknya sejak banjir teruk melanda Lembah Klang kira-kira dua tahun lalu.

“Eiza yang sudah lama duduk rumah saya di Langat itu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera,” tulisnya

Penyanyi yang kini menyertai rancangan Family Duo itu turut memberi amaran kepada wanita berkenaan agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai diri atau keluarga di media sosial.

Jelas Shila, jika individu berkenaan enggan melakukan demikian, surat saman akan dilayangkan kepada wanita tersebut.

“Satu sahaja ayat keluar daripada awak mengenai saya atau keluarga saya di media sosial, saya akan handar surat tuntutan kepada awak.

“Saya sudah pernah beritahu hal ini kepada ibu untuk minta dia keluar sejak tahun lalu. Lagi pula dia masuk ke rumah itu tanpa keizinan saya,” tambahnya.

Melalui sesi soal jawab di Instagram, Shila mendedahkan wanita itu sering menempel di setiap acara keluarganya.

“Saya tidak kisah kalau dia baik. Tapi sejak kes ibu bapa saya cerai dan kejadian baru-baru ini menunjukkan bahawa dia sebaliknya,” ujarnya.

Sebelum ini kemelut adik beradik penyanyi Shila Amzah heboh diperkatakan oleh warganet apabila adiknya Syada Amzah memuat naik Instastory mencari rumah sewa kerana rumah yang didiaminya bakal dijual.

Syada turut menyifatkan dia dihalau daripada rumah seperti haiwan jalanan.

Tidak lama selepas itu, adik lelakinya, Amir Syafiq turut mendedahkan bahawa Shila berkelakuan biadab kepada ibunya, Fauziah Sarman.

Dia turut menyatakan Shila membuat keputusan menjual banglo itu tanpa berbincang dengan keluarga.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button