BISNES & EKONOMI

WhaleBuy buka ibu pejabat di KL, perkenal sistem mata nilai generasi baharu

KUALA LUMPUR – WhaleBuy Group terus melakar langkah strategik apabila secara rasmi membuka ibu pejabat globalnya di kawasan perniagaan utama Kuala Lumpur sekali gus melancarkan strategi baharu ekosistem global yang disifatkan sebagai antara transformasi terbesar syarikat itu.

Pengasas dan Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Dr KK Lim berkata, WhaleBuy bukan sekadar membina platform perniagaan sebaliknya sedang membangunkan ekosistem nilai digital berasaskan aset pengguna.

Beliau berkata, landskap perniagaan global kini sedang beralih daripada model berasaskan trafik dan pengiklanan kepada pengurusan aset pengguna serta ekosistem nilai jangka panjang yang lebih mampan.

“Jika dahulu pertumbuhan banyak bergantung kepada trafik dan pengiklanan, kini dunia perniagaan sedang bergerak ke arah pengurusan aset pengguna dan ekosistem nilai jangka panjang.

“Maka WhaleBuy memainkan peranan bukan sekadar membina sebuah platform perniagaan, tetapi sedang membangunkan satu ekosistem nilai digital yang berpusatkan aset pengguna,” katanya selepas majlis perasmian ibu pejabat WhaleBuy Group di ibu negara baru-baru ini.

whalebuy
Sebahagian tetamu jemputan daripada agensi kerajaan, industri dan rakan ekosistem antarabangsa yang hadir menyaksikan pelancaran hala tuju baharu WhaleBuy Group dalam memperkukuh ekonomi digital rentas negara.

Majlis berkenaan menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pemimpin industri, syarikat korporat serta rakan ekosistem antarabangsa yang turut menyaksikan pelancaran hala tuju baharu WhaleBuy dalam membangunkan rangkaian digital rentas negara.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran “Strategi Ekosistem Global WhaleBuy Group” yang digerakkan selepas kejayaan sidang kemuncak di Malaysia pada 2025, dengan rangkaian ekosistem kini merangkumi Malaysia, Singapura, China, Hong Kong dan Australia, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat di rantau Asia-Pasifik.

Baca juga : WhaleBuy perkenal program kesetiaan pengguna generasi keempat berasaskan nilai

Mengulas lanjut, Dr KK Lim berkata, WhaleBuy turut memperkenalkan Sistem Mata Nilai Generasi Keempat yang dilihat sebagai evolusi baharu dalam pengurusan nilai digital, merangkumi perubahan daripada setem kertas kepada mata keahlian, seterusnya mata digital dan kini kepada mata ekosistem nilai.

“Sistem tersebut bukan sekadar ganjaran, sebaliknya berfungsi sebagai mekanisme penghubung dan pengaliran nilai dalam ekosistem digital merangkumi pelbagai senario penggunaan serta pengagihan manfaat yang lebih menyeluruh,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WhaleBuy Group, Datin Sri Jeannice berkata, syarikat berkenaan kini menjadikan Malaysia sebagai hab operasi global bagi mempercepatkan pengembangan rangkaian ekosistem di Asia dan pasaran antarabangsa.

“Apa yang kami bangunkan bukan sekadar sistem teknologi, tetapi satu infrastruktur ekosistem yang mampu memacu pertumbuhan perniagaan serta kitaran nilai pengguna secara berterusan,” katanya.

Beliau menambah, WhaleBuy kini memperkukuh sistem pengurusan pelbagai dimensi melibatkan teknologi data, penyelidikan dan pembangunan produk serta operasi ekosistem bagi memastikan model berkenaan boleh diperluaskan dan mampan dalam jangka panjang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button