BERITA SEMASA

Kerajaan lulus RM22 juta bagi persenjataan AKPS

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan RM22 juta sebagai peruntukan serta-merta bagi melengkapkan anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dengan senjata api, susulan insiden tembakan kereta komandernya di Bukit Kayu Hitam, Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kelulusan itu diputuskan selepas beliau mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keperluan mendesak bagi memperkukuh aspek pertahanan anggota agensi berkenaan.

Katanya, walaupun sebahagian komponen AKPS terdiri agensi awam yang tidak mempunyai kemahiran asas persenjataan, kelulusan dana itu akan disesuaikan mengikut merit tugasan mereka di sempadan negara.

“Perdana Menteri telah pun memberi kelulusan serta-merta dengan peruntukan RM22 juta untuk keperluan melengkapkan AKPS dengan senjataan yang difikirkan sesuai dengan tugasan mereka,” katanya KETIKA sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai kekangan pegawai AKPS yang tidak dibekalkan peralatan keselamatan seperti senjata api dan jaket kalis peluru ketika bertugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button